Tentera Israel Serang Bandar Palestin, Bina Pusat Pemeriksaan di Al-Khalil

Jumaat , 18-01-2013 – Tentera Israel telah menyerang beberapa bandar Palestin di al-Khalil di Selatan Tebing Barat, dimana tentera mereka melakukan rondaan tentera dan mendirikan beberapa kubu pada pintu masuk daerah tersebut.

Sumber Keselamatan Palestin mengesahkan kepada “Akhbar Quds” bahawa tentera Israel telah menyerbu bandar Beit Ula, Halhoul dan Arroub serta menjalankan rondaan tentera di jalan-jalan dan memburu beberapa orang remaja Palestin dan juga kenderaan-kenderaan lain.

Tentera Israel juga telah mendirikan kubu tentera pada pintu masuk al-Khalil dan menahan beberapa buah kenderaan dan memeriksa kad pengenalan dimana mereka telah memburu beberapa orang pekerja Palestin di Selatan al-Khalil dan menghalang mereka daripada pergi ke tempat kerja yang berada di daerah diduduki di Palestin, selepas kesyahidan seorang remaja, Uday Drawish semasa perjalanannya ke tempat kerja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda