Barhoum: pemusnahan kampung Bab Shams merupakan bukti sifat perkauman rejim Israel

Jumaat , 18-01-2013 – Fawzi Barhoum, jurucakap gerakan Hamas berkata bahawa pemusnahan kampung Bab Shams oleh rejim dan penahanan penduduknya merupakan bentuk keganasan Israel ke atas warga Palestin di tanah air mereka sendiri.

Beliau memberitahu PIC pada Ahad bahawa kesinambungan polisi tersebut digunapakai oleh rejim untuk menjaga status mereka. Beliau turut menekankan bahawa gerakan Hamas akan menyokong setiap rakyat Palestin dalam mempertahankan tanahair mereka.

Manakala, ahli parlimen Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular menentang rejim mengesahkan bahawa serangan tentera rejim ke atas kampung Bab Shams di jajahan Baitulmuqaddis tidak akan menghentikan kegiatan menentang penempatan dan tembok apartheid.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati