Seorang cendekiawan Palestin, Munir Shafiq menyeru pelancaran intifada ketiga di Tebing Barat

Selasa, 29/01/2013 – Cendekiawan Palestin, Munir Shafiq, menyeru pelancaran intifada ketiga di Tebing Barat untuk menghadapi serangan rejim dan keangkuhan para pendatang.

Shafiq, Penyelaras Persidangan Islam Kebangsaan berkata dalam mesyuarat bersama sekumpulan penulis dan elit yang dianjurkan gerakan Hamas pada petang Sabtu di Gaza bahawa memulakan kembali intifada Palestin di Tebing Barat adalah perlu untuk menghentikan keangkuhan rejim dan melindungi Baitulmuqaddis serta kawasan-kawasan suci.

Beliau menekankan bahawa telah ada tanda-tanda jelas kemungkinan tercetusnya intifada dan berkata, “Washington tidak mampu menahan kebangkitan Palestin untuk beberapa bulan dan rejim akan terpaksa berundur, dengan syarat jangan menerima sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati