Presiden Tunisia akan berangkat ke Gaza awal Febuari

Selasa, 29/01/2013 – Abdel Salam Seyam, Setiausaha Agung Majlis Menteri-menteri mendedahkan Presiden Tunisia, Moncef Marzouki akan tiba ke Semenanjung Gaza awal Februari tahun depan, dalam lawatan solidariti bersama rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang dikepung.

Seyam memberitahu akhbar tempatan Palestin Ahad lalu bahawa kerajaan Gaza melakukan segala persiapan yang perlu untuk menerima kedatanga presiden Tunisia di Semenanjung Gaza,” sambil menegaskan beliau adalah “seorang tetamu penting yang mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia Arab, Islam dan Afrika Utara”.

Beliau menambah lawatan itu mempunyai implikasi politik dan bukan politik mengenai situasi Palestin secara keseluruhan, dan hubungan persaudaraan antara rakyat Palestin dan Tunisia, serta memuji peranan kepimpinan baru Tunisia yang memberi sokongan untuk perjuangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz