Musawa memberi amaran tentang perancangan mengusir 30,000 rakyat Palestin

Rabu, 30/01/2013 – Pusat Hak Asasi Palestin Musawa memberi amaran tentang perancangan kerajaan Israel untuk mengusir 30,000 rakyat Palestin.

Ia berkata dalam kenyataan akhbar pada Isnin bahawa perancangan yang disokong oleh rejim Israel itu melibatkan seluas 800,000 dunum tanah rakyat Palestin di Negev dan membabitkan 30,000 pemilik tanah. Pusat tersebut menyeru tindakan segera oleh seluruh masyarakat untuk menentang rancangan kerajaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati