Mishaal membincangkan perkembangan Palestin bersama kerajaan Jordan

Rabu, 30/01/2013 – Pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal membincangkan tentang perkembangan terkini Palestin bersama raja Jordan, Raja Abdullah II di Amman Isnin lalu.

Menurut sumber-sumber rasmi Jordan, Raja Abdullah II mengesahkan sokongan beliau untuk usaha perdamaian Palestin. Beliau memberitahu Mishaal, dan delegasi yang turut serta, bahawa pengiktirafan antarabangsa Palestin sebagai sebuah negeri yang bukan ahli pemerhati di PBB adalah langkah utama ke arah mengembalikan hak rakyat Palestin untuk sebuah negara merdeka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul