February 8, 2013

Rejim mempertingkatkan serangan di pelbagai kawasan Tebing Barat

Written by

Jumaat ,08-02-2013 - Biro Perlindungan Tanah Kebangsaan berkata dalam laporan mingguannya bahawa pihak rejim Israel masih meneruskan polisi pembersihan etnik di Baitulmuqaddis dan Lembah Jordan.

Laporan itu menyebut bahawa pihak rejim ingin mengambilalih sepenuhnya tanah di kawasan itu dengan memusnahkan harta benda warga Palestin.

Ia berkata, pihak rejim telah mengumumkan niatnya untuk memusnahkan kediaman-kediaman di daerah Fahidat di timur bandar Anata, timur laut Baitulmuqaddis kerana kedudukannya yang hampir dengan kem latihan Israel. Pihak tentera rejim menyerahkan notis pemusnahan 13 rumah dan 10 pondok dalam perancangan untuk menjadikan kota Baitulmuqaddis milik Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Category : Berita Semasa

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme