Pemimpin Jihad Islam dan saudaranya mogok lapar di penjara PA

Jumaat , 21-02-2013 – Salah seorang pemimpin jihad Islam dan saudaranya yang ditahan di penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengumumkan untuk menyertai mogok lapar sehingga mereka dibebaskan.

Pemimpin tersebut, Ayman Tabich, 32 dan saudaranya Khalid dari Dura al-Khalil di selatan Tebing Barat telah ditahan pada petang Ahad oleh perisikan PA dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui.

Gerakan Islam tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpinnya Tabich dan saudaranya mengumumkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati