Jentolak Israel Musnah Ribuan Dunum Tanah Pertanian di Negev

Isnin, 25/02/2013 – Jentolak Israel telah memusnahkan beribu-ribu dunum tanah pertanian milik rakyat Palestin di perkampungan Wadi Naam di wilayah selatan Negev dalam tahun1948- Wilayah diduduki Palestin.

Berpuluh-puluh polis dan tentera zionis, berserta beberapa buah traktor menceroboh tanah pertanian di perkampungan Bedouin dekat Wadi Naam pada selasa dan mula memusnahkan tanaman beribu-ribu dunum tanah dengan tanaman gandum, milik penduduk kampung, kata ketua perkampungan tersebut.

Ketua tersebut memberitahu akhbar Quds bahawa pihak berkuasa tempatan mendakwa bahawa ia adalah tanah kerajaan yang disita dan beliau menyifatkan dakwaan tersebut adalah palsu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda