Tentera Israel Tahan Dua Remaja Baitulmaqdis Bawah Umur

Isnin, 25/02/2013 – Tentera Israel menyerbu bandar Silwan, dekat selatan wilayah diduduki Baitulmaqdis, pada pagi Khamis dan menahan dua orang remaja lelaki rakyat Palestin yang masih dibawah umur.

Pusat maklumat Wadi Hilwa melaporkan bahawa tentera tersebut telah menahan Lyad Ruwaidi, 17 tahun daripada kediaman keluarganya pada jam 5 pagi hari ini. Sumber juga memberitahu, ibu remaja tersebut telah dipanggil untuk disoal-siasat di pusat tahanan Maskobeh di mana anaknya ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda