Kecuaian dalam rawatan boleh mengakibatkan kematian Mouqda seorang tahanan

Isnin, 25/02/2013 – Tahanan yang sakit, Mansour Mohammed Mouqda, yang dihukum penjara seumur hidup berkata bahawa seorang doktor di hospital penjara Ramla melakukan kesalahan yang boleh membawa maut ke atasnya.

Doktor tersebut tidak merekodkan di dalam fail perubatannya bahawa “satu peluru masih berada di dalam tulang belakangnya”, yang berisiko jika tapisan magnetik dijalankan.

Tahanan tersebut mengesahkan pada peguam PPS bahawa doktor hospital Assaf Harofe itu enggan melaksanakan ujian magnetik ke atasnya pada saat saat akhir kerana bimbangkan akibat buruk yang bakal timbul.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati