Issawi masih lagi meneruskan mogok lapar walaupun kondisi kesihatan semakin menurun

Khamis, 07/03/2013 - Samer Al-Issawi, yang telah menjalani mogok lapar sejak enam bulan lepas, telah dipindahkan dari Hospital Penjara Ramle ke Hospital Kaplan selepas kesihatannya semakin buruk.

Peguam Jawad Bulous, ketua bahagian undang-undang bagi persatuan tahanan Palestin berkata, Issawi terpaksa dipindahkan ke Hospital Kaplan pada hari Selasa selepas denyutan nadinya menjadi teramat lemah dan beliau berpeluh pada keseluruhan muka dan anggota tubuh lain kerana kepenatan melampau.

Bulous berkata sewaktu melawat Issawi Ahad lepas, dia telah membantah perakuan pekerja di hospital tersebut yang dengan sengaja meletakkan susu dan cecair lain di hadapan katil Issawi dengan niat untuk menghentikan mogok lapar Issawi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Hafizah