Cadangan Mengaktifkan Kembali Pelabuhan Gaza Di Bawah Pengawasan Turki

Jumaat ,29-03-2013 – Dr. Jamal Khudri, Ketua Jawatankuasa Rakyat Untuk Menamatkan Sekatan Gaza menyatakan pihaknya ingin mengusulkan pengaktifan pelabuhan laut Gaza di bawah pengawasan Turki untuk mengangkut barang-barang dari Turki ke pelabuhan Gaza. Mereka menolak campur tangan penjajah zionis atas perlintasan darat dan laut Gaza.

Dalam keterangan akhbarnya di pelabuhan Gaza, Rabu (27/3) Khudri menyeru agar tidak melibatkan perkembangan politik dan keamanan dengan isu pintu masuk kerana menutup pintu masuk adalah pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan melanggar hak sosial. Khudri menyeru untuk membawa para pemimpin penjajah zionis ke pengadilan antarabangsa atas kejahatan mereka terhadap rakyat Palestin.

Penjajah zionis masih menutup pintu masuk Karem Abu Salim dan Beit Hanun di Gaza hari ketujuh secara berturut-turut dengan alasan menjaga keamanan dan sempena perayaan hari raya yahudi.

sumber : COMES
penterjemah : Osman