Darah muslim tumpah lagi di Jalur Gaza


Diberitakan sejumlah 7.5 juta telah dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk mengundi Akademi Fantasia (rujuk Utusan Malaysia, 16 Ogos), rakyat Palestin yang kepingin bantuan kewangan sekali lagi tumbang syahid hari ini.


Helikopter pengganas Israel telah melepaskan
4 peluru berpandu di sempadan Jalur Gaza yang
telah mengorbankan 2 rakyat Palestin.

Peluru tersebut dilepaskan selepas helikopter
pengganas Israel mengesan pejuang Palestin yang
ingin melepaskan roket Qasam ke arah
kawasan haram Israel.

2 mayat yang dijumpai tidak dapat dikenalpasti identiti buat masa sekarang oleh kerana teruknya serangan puak pengganas itu.