Tiga Pangsapuri Palestin dirobohkan di Baitulmaqdis

Isnin, 29/04/2013 – Jentolak Majlis Bandaraya Baitulmaqdis milik Israel yang disertai oleh tentera Israel dan  pegawai-pegawai polis, telah merobohkan tiga pangsapuri baru di kawasan kejiranan Al-Hardoub, bandar At-Tour di Timur Baitulmuqaddis. Mereka turut merobohkan beberapa buah rumah di Hebron.

Perbandaran Baitulmaqdis mendakwa bahawa pangsapuri itu telah dibina tanpa permit pembinaan. Setiap pangsapuri adalah 500 meter persegi. Pemilik bangunan, Kayed Mohammad Jaradat memberitahu Agensi Palestin Baru & Info (WAFA) bahawa ini adalah serangan ketiga seumpamanya, dan menambah bahawa keluarganya telah tinggal di rumah lama mereka, yang bersambung dengan pangsapuri yang dirobohkan itu sejak tahun 1997.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul