May 16, 2013

Barghouthi: “Hak untuk kembali ialah hak yang mulia”

Written by

Khamis, 16/05/2013 - Dalam satu kenyataan dari penjara, pemimpin politik Palestin yang ditahan, Marwan Barghouthi berkata, tarikh 15 Mei sempena Nakba di mana Israel memusnahkan tanah bersejarah Palestin dan perkampungan serta bandar turut menambah bahawa pada hari ini, rakyat Palestin menegaskan hak mereka untuk kembali.

Pemimpin Fateh itu berkata bahawa rakyat Palestin tidak akan melupakan hak mereka dan bertegas tentang perlaksanaan semua resolusi antarabangsa termasuk Resolusi PBB berkaitan hak untuk kembali kepada pelarian Palestin ke tanahair mereka.

Beliau berkata rakyat Palestin akan terus berjuang untuk hak mereka dan menambah bahawa perjuangan Palestin ialah usaha mulia demi keadilan dan pembebasan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Category : Berita Semasa

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme