100 Ribu Pelajar Palestin Mengikuti Perkhemahan Musim Panas Hamas

Jumaat ,17-03-2013 – Gerakan Pejuang Islam Hamas telah menyelesaikan persiapan perlaksanaan perkhemahan musim panas tahun ini, yang akan mencakupi semua wilayah Semenanjung Gaza dari Rafah di selatan hingga Beit Hanun di utara.

Salah seorang pemimpin Hamas yang mengetuai panitia pusat perkhemahan musim panas, Musa Samak, Rabu (15/5), mengatakan, “Lebih dari 100 ribu pelajar putera dan puteri dijangkakan mengikuti perkhemahan ini. Target kegiatan ini adalah para pelajar sekolah rendah, menengah dan menengah atas. Di samping mahasiswa, organisasi pemuda dan kelab-kelab olahraga.

Musa Samak menjelaskan bahawa gerakannya setiap tahun menyelenggarakan perkhemahan. Tema perkhemahan yang dipilih ialah “Perkhemahan Generasi Kembali”, dengan tujuan untuk memperkuat pemahaman hak kembali pelarian Palestin dan menegaskan komitmen generasi ini berpegang teguh pada hak-hak sejarah dan nasionalnya, serta menamamkan etika dan akhlak Islam kepada mereka melalui berbagai program pengembangan bakat dan ketrampilan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman