ICC Jalankan Siasatan Awal Serangan Ke atas Mavi Marmara

Isnin, 20/05/2013 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkata ia telah memulakan siasatan awal serangan maut Israel pada Mei 2010 yang lalu mensasarkan Kapal Turki MV Marmara yang membawa kepada kematian sembilan aktivis Turki.

Mahkamah itu berkata ia perlu menyiasat isu ini bagi menentukan sama ada serangan Israel merupakan jenayah perang atau jenayah kemanusiaan.

Pendakwa ICC, Fatou Bensouda berkata tujuan siasatan awal ini adalah untuk menentukan sama ada kriteria memulakan siasatan telah dipenuhi atau sebaliknya. Bensouda berkata dia telah memeriksa dengan teliti semua maklumat yang diperoleh dan dia akan “membuat pengisytiharan keputusan itu dalam masa terdekat.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz