Israel: “Perdamaian Dengan Turkey Membolehkan Kami Untuk Serang Syria”

Isnin, 20/05/2013 – Tentera dan pegawai kanan Zionis Israel menyatakan bahawa perdamaian dengan Turki dan hubungan berterusan antara Ankara dan Tel Aviv membolehkan Israel menjalankan beberapa serangan udara terhadap sasaran di Syria.

Israel Yedioth Aharonoth memetik pegawai Israel yang menyatakan permohonan maaf yang dibuat oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ke atas kematian sembilan aktivis Turki di atas kapal MV Marmara pada 31 Mei 2010 telah membenarkan Israel beroperasi secara bebas di utara tanpa takut dengan konfrantasi Ankara.

Pegawai itu berkata perdamaian dan hubungan baik dengan Turki akhirnya akan membawa kepada kerjasama serantau masa depan “terhadap Iran dan kumpulan pengganas di rantau ini”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz