Mahkamah Israel putuskan untuk membebaskan Qarawi

Rabu, 22/05/2013 –Mahkamah Israel mengeluarkan keputusan untuk tidak memperbaharui penahanan pentadbiran ke atas Ahli Parlimen Hamas, Fathi Qarawi dari kota Tulkarem, utara Tebing Barat.

Anak lelaki Qarawi, Hazem memberitahu wartawan Quds Press pada Sabtu lalu bahawa Mahkamah Agung Israel telah mengeluarkan keputusan Khamis lalu untuk tidak memperbaharui penahanan pentadbiran terhadap bapanya yang telah ditahan selama hampir tujuh bulan. Hazem berkata, sebelum ini bapanya telah ditahan lebih daripada tiga tahun dalam tahanan pentadbiran tanpa dibebaskan, sambil menyatakan beliau dibebaskan dari penjara gurun Negev yang dijadualkan pada 23 Mei ini.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz