Palestin Minta Rakyat Mesir Sokong Agar Pintu Masuk Rafah Dibuka Kembali

Rabu, 22/05/2013 – Ribuan aktivis Palestin menyerukan seluruh rakyat Mesir untuk bergerak aktif demi pembukaan kembali pintu masuk Rafah secara tetap, agar tidak menyia-nyiakan nyawa dua juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Sementara itu para penganalis menilai apa yang dilakukan beberapa komandan keamanan Mesir di pintu masuk Rafah sebagai melanggar undang-undang dan moral serta sebagai bentuk hukuman kolektif terhadap semua penduduk Semenanjung Gaza.

Penganalis politik, Dr. Hani Basus menegaskan bahawa penutupan pintu masuk Rafah dengan cara ini oleh beberapa komandan Mesir mencerminkan pelanggaran undang-undang dan etika moral serta kemanusiaan secara tidak betul. Beliau meminta agar pintu masuk Rafah dibuka segera.

Beliau memperingatkan bahawa penutupan pintu gerbang Rafah seperti itu mencerminkan bahawa situasi dalaman di Mesir telah sampai pada situasi terburuk kesan daripada penutupan pintu gerbang kemanusiaan kerana pintu gerbang tersebut merupakan satu-satunya urat nadi bagi warga Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman