Rejim memindahkan Ibrahim Hamed ke destinasi yang tidak diketahui

Rabu, 29/05/2013 – Perkhidmatan Penjara Israel memindahkan tahanan Ibrahim Hamed pada Isnin secara mendadak. Ibrahim Hamed merupakan seorang pemimpin Briged Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas, dari penjara Rimon ke satu tempat yang tidak diketahui, Kesatuan Tahanan Wa’ed melaporkan.

Wa’ed menyebut dalam kenyataan bahawa tahanan Hamed yang dijatuhkan sebanyak 54 hukuman penjara seumur hidup telah dipindahkan sebanyak 3 kali dari satu penjara ke penjara yang lain sejak dibebaskan dari tahanan pengasingan.

Tahanan Ibrahim Hamed ialah salah seorang pemimpin kanan Hamas yang dipenjarakan. Beliau menyertai mogok besar-besaran Karama pada April tahun lepas yang berlangsung selama 28 hari dan kemudiannya beliau dibebaskan dari tahanan pengasingan selama 7 tahun.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati