Mogok lapar di Palestin


Ribuan telah keluar memprotes layanan pengganas Israel terhadap rakyat Palestin di penjara


Wanita,kanak2, tokoh agama, aktivis telah menyertai protes tersebut semlm. Mereka membawa gambar orang tersayang yg kini
merengkok dalam penjara pengganas Israel.


“Ya kepada kelaparan, Tidak kepada kebebasan”. Antara slogan yg mereka bawa.

Sebanyak 1500 rakyat Palestin yang merengkok dalam penjara telah memulakan mogok lapar sejak semlm (Isnin, 16 Ogos 2004) sebagai tanda protes keadaan yg sangat buruk di penjara.

Mereka meminta supaya bantuan perubatan ditingkatkan, kadar lawatan keluarga yg banyak di penjara dan hentikan seksaan yg tidak berperikemanusiaan terhadap mereka dipenjara.

Tetapi, Menteri Keselamatan Awam Negara Haram Israel, Tsachi Hanegbi berkata Jumaat lalu, “kami tidak akan melayani mereka walaupun mereka mati kelaparan”

Sementara itu, pihak penjara telah menghentikan lawatan keluarga terhadap rakyat Palestin di penjara. Daging turut dimasak di hadapan sel mereka utk menaikkan selera

Lebih 650,000 rakyat Palestin telah dipenjara sejak peperangan 1967.

Mogok lapar oleh rakyat Palestin di penjara.