Prosedur2 Yahudi Mengancam Identiti Masjid Islam Al Ibrahimi

Isnin, 22-07-2013 – Sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi yang dilakukan oleh peneroka kaum Baroch Goldstein pada tahun 1994M, yang menyaksikan pembunuhan 39 orang Islam yang sedang menunaikan solat Subuh pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, kini masjid terpaksa menjalani prosedur-prosedur perkauman yang mengancam identiti Islam.

Dan antara prosedur dan tindakan yang dijalankan termasuklah membahagikan sebahagian daripada keluasan masjid dan menukarkannya kepada rumah ibadat (gereja) dan keputusan itu diumumkan oleh Suruhanjaya Siasatan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Shamgar yang ditubuhkan selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi. Selepas proses pembahagian ini, Masjid Ibrahimi bertukar menjadi markas tentera untuk tentera Zionis serta para peneroka.

Masjid ini dikelilingi oleh beberapa pusat pemeriksaan tentera, pintu-pintu elektronik, serta pergerakan keluar masuk ke masjid menjadi sukar. Semua hal ehwal dan urusan pentadbiran masjid diambil-alih serta dikawal oleh Pertubuhan Tentera Zionis. Pihak Berkuasa meningkatkan penguatkuasaan ke atas masjid bahkan menutup masjid mengikut kehendak mereka, melarang azan dilaungkan, menjalankan latihan ketenteraan didalamnya, mengawal kemasukan orang- orang yang solat ke dalam masjid,serta mereka memberi keizinan dan melarang seseorang mengikut kehendak mereka.

penterjemah : nurfahana
sumber : http://www.palinfo.com