Krisis Petrol mengganggu pelaksanaan projek-projek

Khamis, 25-07-2013 – Krisis minyak di Gaza telah menghalang pelaksanaan beberapa projek-projek pembangunan di daerah pantai yang dikepung.

Ezzeddin Dahnun, pengerusi perbandaran Jabaliya, berkata dalam satu kenyataan pada hari Ahad bahawa kekurangan bahan api telah melumpuhkan kerja-kerja dalam beberapa projek infrastruktur di kawasan utara Semenanjung Gaza. Beliau berkata penurapan jalan terhenti akibat krisis bahan api, sambil menambah bahawa beberapa lubang masih ada di beberapa jalan utama.

penterjemah : syuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En