3 Rakyat Palestin di tangkap di Tebing Barat.

Khamis, 25-07-2013 – Tentera Pendudukan Zionis menangkap tiga rakyat Palestin, pada hari Ahad 21/7, salah seorang daripada mereka adalah pemuda dari bandar Jenin yang diculik oleh Tentera Pendudukan Zionis itu.

Sumber-sumber tempatan Palestin berkata, kumpulan tentera tersebut menangkap pemuda tersebut, Abu Obayd dari perkampungan Kafr Qud, yang terletak ditengah-tengah Bandar Jenin.Beberapa anggota Pasukan Khas tersebut menyamar dengan menaiki kereta dengan plat Palestin dan berpakaian biasa serta menangkap Abu Thabit sewaktu mendapatinya di salah sebuah jalan di bandar itu. Dan dia dipindahkan ke destinasi yang tidak diketahui.

Dan sumber-sumber berkata, pada masa yang sama, anggota tentera lain pula menyerbu rumah isteri pemuda tersebut,Abu Thabit, dan menyoal siasat penghuninya dan menjalankan pemeriksaan, dan mereka sedia maklum bahawa tuan rumah ditahan di penjara Israel.

penterjemah : nurfahana
sumber : http://www.palinfo.com

One Comment
  1. Pingback: 3 Rakyat Palestin di tangkap di Tebing Barat. | ilmupena

Comments are closed.