Al-Awa menafikan dirinya sebagai Pengantara Sisi dan Morsi

Rabu, 31-07-2013 – Bekas calon presiden Mesir, Mohammed Salaim Al-Awa menafikan tanggungjawabnya sebagai pengantara antara Menteri Pertahanan, Abdel Fattah al-Sisi dan Presiden yang sah, Mohamed Morsi.

Al-Awa menegaskan dalam satu kenyataannya bahawa beliau tidak membawa mesej daripada seseorang kepada orang lain pada bila-bila masa atau pada mana-mana majlis, sambil menambah bahawa ini bukanlah peranannya dan selamanya tidak akan menjadi tugasnya.

Beliau juga menyifatkan al-Sisi yang memanggil orang ramai turun ke kawasan lapang sebagai satu perkara yang menjadi kebimbangan yang mendalam dan ketakutan kepada setiap rakyat Mesir yang boleh menyebabkan berlakunya himpunan orang ramai.

penterjemah : nadhirah
sumber : http://www.palinfo.com