Ya’alon: Peristiwa Mesir Dan Syria Tak Akan Tamat Dengan Cepat

Jumaat ,02-08-2013 – Menteri Keselamatan penjajah Zionis Jenderal Moshe Ya’alon mengatakan, ketidakstabilan di Mesir menuntut ‘Israel’ untuk tetap bersedia. Ini kerana menurutnya, peristiwa-peristiwa di Mesir, Syria dan Lebanon adalah peristiwa bersejarah yang harus difahami secara mendalam dan tidak akan berakhir dalam waktu terdekat.

Ya’alon menambah bahawa di Mesir ada revolusi yang tiada tandingan. Keadaan tidak stabil yang tidak tahu penghujungnya memerlukan militan Zionis tetap bersiap-siaga dari sisi iaitu pihak perisik dan tenteranya. Ini juga membolehkan tahap politik.

Mengenai apa yang berlaku di Syria, Ya’alon mengatakan bahawa ia adalah perang saudara yang hingga kini sudah mengakibatkan sekitar 100,000 orang meninggal dunia. “Saya tidak tahu bagaimana perang ini akan berakhir,” ungkapnya. Beliau menegaskan bahwa perang tersebut telah melintasi perbatasan ke Lebanon.

Ya’alon mendakwa bahawa ‘Israel’ tidak ikut campur dalam peristiwa yang terjadi di negara-negara tersebut. Beliau menyatakan bahawa apa yang terjadi adalah peristiwa sejarah yang tidak akan selesai dalam waktu dekat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman