Keputusan mahkamah Israel mengeluarkan keputusan tentang tragedi pembunuhan beramai-ramai Shafa Amr mencetuskan kemarahan dunia Arab

Jumaat ,02-08-2013 – Kemarahan setelah keputusan dikeluarkan oleh mahkamah daera Israel di Bandar Haifa terhadap tuduhan ke atas 7 rakyat Palestin yang didakwa membunuh seorang pelampau Israel yang bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai Shafa Amr pada tahun 2005.

Ratusan penduduk Shafa Amr dan aktivis politik menyertai perarakan di luar mahkamah daerah Bandar Haifa membantah pendakwaan ke atas rakyat Palestin yang membunuh seorang pelampau Israel bernama Eden Natan-Zada yang merupakn dalang tragedi Shafa Amr.

Pertelingkahan ganas tercetus di luar mahkamah antara para pembantah dan polis. Mahkamah daerah menarik tuduhan membunuh dengan sengaja ke atas 7 rakyat Palestin itu, tetapi memutuskan 4 daripadanya menyebabkan kematian dan dua lagi kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati