Iran tarik diri dari acara Olimpik


Juara dunia sukan Judo dari Iran, Arash Miresmaili, yang menjadi pembawa bendera Iran sewaktu upacara pembukaan sukan Olimpik, telah menarik diri dari acara juda kerana enggan bertanding ahli sukan juda dari Negara haram Israel.


Atlit yang berumur 23 tahun, dua kali menjadi pemenang kategori flyweight (bawah 66kg) dunia, mengambil keputusan untuk tidak untuk bertanding berlawan dengan ehud vaks dari Negara haram Israel sebagai tanda sokongan untuk Palestine.

?Walaupun saya telah berlatih berbulan-bulan dan berada dalam keadaan yang terbaik, saya tidak akan bertanding melawan peserta dari Negara haram itu sebagai menunjukkan solidarity pada penderitaan yang di hadapi rakyat Palestine dan saya tidak menyesal lansung?

Menurut seorang pegawai sukan Iran, Arash layak untuk menerima I juta Riyal ($150,000) hadiah yang di janjikan kepada pemenang pingat Iran seperti yang di janjikan. Beliau sepatutnya menerima hadiah khas kerana ia adalah calon untuk memenangi emas bagi Iran. Ini bukan kali pertama atlit dari Iran menolak untuk bertanding melawan atlit dari Negara haram Israel.

Pada tahun 2003, di kejohanan ping pong antarabangsa di paris, Negara haram Israel, telah membantah kepada penganjur selepas, pemain dari Yaman dan Saudi, menolak untuk bermain menentang pemain dari Negara haram itu.