Remaja Palestin menjadi mangsa penyelarasan keselamatan di WB

Jumaat,25-10-2013 – Dua remaja Palestin Islam Mossa dan Mohamed Assi menghabiskan Eid al-Adha jauh dari keluarga mereka dan di penjara Israel selepas ditangkap oleh tentera Israel pada hari Arafah, hari sebelum Eid al-Adha.

Tentera Israel menahan Islam dan Mohammed, kedua-duanya dari Ramallah selepas menggeledah rumah secara ganas untuk mencari ibu bapa mereka. Dinyatakan juga penahanan dua remaja itu berlaku tiga hari selepas mereka dibebaskan dari penjara PA di mana mereka menghabiskan masa selama tiga bulan di penjara PA sebagai sebahagian daripada dasar keselamatan penyelarasan antara pihak berkuasa Israel dan Palestin di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz