Pejuang Palestin mogok lapar


Lebih 1600 orang tahanan Palestine di 4 penjara Israel memulakan mogok lapar sebagai tindakbalas atas layanan kejam yang mereka hadapi. Mereka di tahan di Nafha, saba, Hadarim dan Shatta.


Menurut pemberita AL Jazeera , Shireen Ab Aqla, tuntutan utama tahanan-tahan di penjara yang utama adalah pemberhentian pemeriksaan dengan cara berbogel dan sekatan yang di kenakan terhadap lawatan pihak keluarga. Tuntutan lain adalah rawatan perubatan dan hukuman kewangan yang di kenakan pada tahanan.

Regim Ganas Israel, mengambil tindak balas dengan menutup kantin, membatalkan lawatan keluarga dan menghentikan bekalan air minum ke penjara-penjara tersebut.

Menteri Keadilan Isreal, Tzaho Hanegbi, berkata ia gembira jika langkah tahanan meneruskan mogok sehingga mati. ? Pada saya, mereka boleh mogok, sehari, sebulan atau sampai mati. Kami akan buat seperti mogok ini tidak pernah berlaku? kata nya?..

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.