Laporan hak asasi manusia: 26 warga Palestin kurang upaya ditahan di penjara Israel

Isnin, 09-12-2013 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin menyifatkan penahanan berterusan ke atas warga Palestin kurang upaya sebagai bertentangan dengan kebiasaan asas yang melarang menyerang golongan kurang upaya.

Pusat Kajian Tahanan Palestin dalam satu laporannya menyebut, sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang jatuh pada 3 Disember, rejim Israel menahan sejumlan 26 orang warga Palestin kurang upaya dari segi fizikal dan psikologi dan tidak mememberikan sebarang rawatan kepada mereka yang boleh mengakibatkan kematian secara perlahan.

Pusat itu juga menyatakan bahawa ramai tahanan mengalami kekurangan upaya kekal akibat penderaan kejam di tahanan Israel. Ia menyebut contoh tahanan Louay Al Ashqar, berusia 35 tahun dari Tulkarem, yang menjadi lumpuh kaki kiri setelah diseksa ketika soal siasat di pusat Jalama. Beliau telah dibebaskan dan ditahan semula sebanyak 3 kali meski kurang upaya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati