Rejim Israel (IOA) menutup stesen radio tempatan di al-Khalil

Isnin, 16-12-2013 – Rejim Zionis mengambil keputusan menutup sebuah stesen radio tempatan di al-Khalil dengan alasan kesibukan frekuensi isyarat radio di atas kapal terbang di lapangan terbang Ben-Gurion. Pengarah Stesen Radio Impian mengesahkan bahawa pejabat perhubungan Palestin memaklumkan stesen tempatan itu tentang keputusan Israel untuk menyerbu dan menutup pejabatnya dengan alasan siaran radio itu menjejaskan komunikasi pesawat di lapangan terbang Ben-Gurion di Tel Aviv.

Staf stesen radio itu mengambil langkah meninggalkan pejabat mereka untuk mengelak daripada ditahan dan peralatan dirampas sehingga masalah itu dapat diselesaikan oleh pejabat perhubungan Israel-Palestin.

Beliau menekankan bahawa Stesen Radio Impian telah bersiaran di al-Khalil selama sepuluh tahun setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa Palestin. Perjanjian Oslo telah menyekat siaran stesen radio Palestin atas alasan ‘keselamatan Israel’.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati