Fatah dan Hamas akan bertemu di Cairo


Jumaat , 20/10/06 –
Kedua-dua Fatah dan Hamas akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat di Cairo dengan kehadiran wakil dari Egypt, Syrian dan Eropah dalam rangka mencari penyelesaian krisis 2 parti terbesar ini, menurut Dr Salah Al-Bardawil , jurucakap Hamas.

Beliau berkata pada hari Rabu (18/10/06), inisiatif terbaru Egypt dalam menubuhkan formasi kerajaan gabungan dan membebaskan tentera rejim Zionis antara rangka operasi yang akan diperbincangkan. Para perwakilan berharap rangka operasi ini dapat dilaksanakan tanpa campur tangan dari Amerika dan Israel yang sememangnya mahukan Hamas hilang kuasa.

Beliau berkata majoriti pergerakan politik tidak berkeyakinan jika kerajaan yang ditubuhkan yang
dibelakangnya tesembunyi agenda Yahudi. Bardawil mengingatkan Hamas mendapat kuasa melalui
proses yang sah kerana ketelusan dan menyatakan kesudian Hamas untuk mengadakan rundingan
penyelesaian.