Tentera Rejim Zionis memusnahkan rumah Palestin di Lembah Jordan

Isnin, 16-12-2013 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) memusnahkan rumah penduduk Palestin di kampung Duyuk di tengah Lembah Jordan berhampiran Bandar Jericho, petang Rabu lalu.

Sumber tempatan berkata bahawa beberapa kenderaan askar IOF diiringi jentolak besar masuk ke kampung mereka dan mengelilingi rumah Nidal Bililat dan memusnahkannya dengan alasan ia dibina tanpa permit di kawasan C.
Bililat memberitahu wartawan PIC bahawa pihak berkuasa Israel tidak memberitahu mengenai perobohan itu terlebih dahulu kerana sebelum ini notis awal dikeluarkan sebelum berlakunya perobohan.

Dalam satu insiden lain, tentera IOF berkeliaran di jalan-jalan bandar Jenin dan kem pelarian dan mengadakan sekatan jalan. Sumber-sumber tempatan berkata tentera Isreal menahan tiga rakyat dalam kem pelarian Jenin untuk di soal siasat dan kemudiannya melepaskan mereka dari tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah