Bahan api Qatar dibenar masuk ke Gaza untuk operasikan janakuasa

Rabu, 18-12-2013 – Pihak berkuasa Israel (IOA) mula mengepam diesel industri yang didermakan oleh Qatar ke Semenanjung Gaza pada pagi Ahad melalui lintasan Karm Abu Salem.

Seorang pegawai pentadbiran Palestin di Gaza memberitahu wartawan PIC, 450,000 liter diesel yang didermakan oleh Qatar dihantar ke Gaza pada pagi Ahad untuk mengoperasikan semula loji tenaga tunggal Semenanjung Gaza itu.

Qatar telah menderma sebanyak 10 juta dolar untuk membayar cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah ke atas bahan api yang diperuntukkan untuk loji kuasa Gaza.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya Selasa lalu mengumumkan Qatar akan menghantar sebuah kapal yang membawa bahan api yang diperlukan untuk menjalankan janakuasa selama lebih kurang 4 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz