Kerugian awal cuaca buruk yang melanda Gaza 64 juta dolar.

Rabu, 18-12-2013 – Kerajaan Gaza berkata bahawa kerugian langsung akibat cuaca buruk yang melanda Jalur Gaza dianggarkan bernilai 64 juta dolar, dan pasukan penyelamat telah berjaya mengawal keadaan walaupun kekurangan peralatan dan juga sekatan yang dijalankan.

Menteri Kerja Raya dan Perumahan Yousef Gariz berkata ketika sidang akhbar yang diadakan pada petang Sabtu di ibu pejabat Kementerian Penerangan di Gaza, akibat daripada cuaca buruk menyebabkan kira-kira tujuh ribu keluarga telah dipindahkan dari kediaman mereka.

Beliau menambah lagi “Lebih daripada 3,300 kediaman telah dibanjiri air dan hampir seribu yang lain musnah. Nilai kerugian kediaman yang ditenggalami banjir dianggarkan kira-kira 40 juta dolar.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah