Bencana kemanusiaan menggugat Gaza akibat sekatan dan cuaca buruk

Rabu, 18-12-2013 – Kerajaan Palestin di Gaza memberi amaran tentang kedatangan bencana kemanusiaan di semenanjung Gaza akibat cuaca buruk yang akan menambahkan kesengsaraan penduduknya.

Kerajaan menyeru dunia agar memberi tekanan kepada rejim Israel agar membenarkan kemasukan bahan api bagi menghidupkan satu-satunya stesen janakuasa dan mengambil langkah wajar untuk menghentikan penderitaan penduduk Gaza.

Isra Mudallal, jurucakap kerajaan menggesa ketika persidangan akhbar yang diadakan pada petang Sabtu di pusat perlindungan, agar masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab etika dan perundangan untuk mengakhiri sekatan haram ke atas Gaza dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza agar bencana kemanusiaan dapat dielakkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati