Keganasan terbaru di Nablus !

Nablus, 18/8/2004 (Palestineinfo) – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun (Khalid al-Asytah) dan sembilan orang yang lain telah meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera rejim Zionis Israel di Nablus, Tebing Barat hari ini.


Menurut sumber pusat perubatan Hospital Anglican di sini, kanak-kanak tersebut, Khaled mati akibat tembakan peluru yang telah menembusi jantungnya.

Penduduk kota lama Nablus pula melaporkan bahawa tentera-tentera rejim itu telah melepaskan tembakan secara rawak ke arah penduduk-penduduk awam di bandar tersebut tanpa sebarang amaran. Mereka juga telah melepaskan gas pemedih mata ke arah para penduduk yang menyebabkan ramai lagi yang tercedera ketika berlindung daripada peluru-peluru yang dilepaskan oleh tentera-tentera tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.