Washington mendesak meletakkan tenteranya di sempadan Gaza.


Rabu , 01/11/06 –
USA telah mencadangkan meletakkan anggota tenteranya yang sekarang ini beribupejabat di Semenanjung Sinai di bawah arahan Amerika mengawal sempadan Egypt dan Jalur Gaza, menurut
akhbar Israel semalam.

USA dilaporkan akan membantu pihak keselamatan Egypt bagi memantau sebarang aktiviti penyeludupan senjata ke Gaza. Tawaran itu
disuarakan apabila pihak pentadbiran USA telah menghantar sepasukan pakar menentang keganasan ke sempadan Egypt.

Di samping itu USA turut menawarkan pasukan keselamatan bagi pihak Mahmoud Abbas untuk menguatkan kedudukan beliau. Pihak USA mencadangkan pasukan tentera dari Egypt, Britain dan Jordan yang akan menyokong Abbas bagi menentang Hamas.