Hamdan: Abbas Paksa Hamas Iktiraf Israel


Rabu , 01/11/06 –
Usamah Hamdan, wakil gerakan Hamas di Lubnan menyatakan bahawa presiden Palestin bertanggungjawab atas krisis yang berlaku dalam proses pembentukan kerajaan campuran Palestin.


Hamdan menegaskan bahawa perbezaan yang berlaku selama ini dengan Mahmod Abbas
disebabkan presiden memaksa Hamas agar mengiktiraf Israel. Dalam pernyataannya
kepada harian Emiret, Hamdan menyebut tentang bahaya ancaman presiden Palestin yang
akan membubarkan parlimen Palestin yang dibentuk berdasarkan pemilihan umum yang
adil dan demokratik. Tindakan ini dianggap sebagai kudeta demokrasi untuk
kepentingan Amerika dan Israel.

Hamdan juga menyatakan, pembahasan tentang kesediaan Hamas melepaskan jawatan
perdana menteri tidak detail.
Di samping itu, Hamdan menegaskan kembali bahawa perbezaan antara presiden Palestin
dengan Hamas adalah kerana Abbas memaksa Hamas untuk mengiktiraf Israel sedangka
pilihan tersebut ditolak sepenuhnya oleh Hamas.

Apa jalan keluarnya ? Satu-satunya jalan menyelesaikan konflik Hamas Fatah menurut
Hamdan adalah bukan terus berkonflik namun saling mengerti dengan berpaksi dari
prinsip kesepakatan nasional yang akan mengubah dasar pemerintahan bersatu Palestin.
Hamas juga sedang menunggu jawapan Abbas tentang kesediaan dan komitmen beliau
terhadap piagam kesepakatan nasional agar rakyat Palestin berada dalam satu barisan
menghadapi tekanan Amerika dan Israel.

Hamdan menafikan adanya tekanan kuat dari negara-negara Arab terhadap Hamas agar
mengiktiraf Israel.