Raid Solah: Amerika Bersiap Bina Muzium atas Perkuburan Makmanullah


Rabu , 01/11/06 –
Syaikh Raid Solah, ketua gerakan Islam Palestin jajahan tahun 1948 mengirim surat kepada Prof. Akaluddin Ihsan Aglo, Setiausaha Agung OIC dan meminta dilakukan pertemuan segera antara beliau dengan Presiden Turki Rajab Taib Ardogan berkenaan isu Perkuburan Makmanullah di Al Quds yang kini dikuasai dan diperlakukan sehendak hati oleh pihak Israel.


Beberapa pertubuhan Amerika dan Israel menuntut untuk membangunkan muzium “Tolerantion Center” di kawasan perkuburan Makmanullah milik sah kaum muslimin di Al Quds. Tindakan tersebut merupakan sebahagian dari bentuk penjajahan secara
sistematik.

Syaikh Raid ingin menyampaikan kepada presiden Turki bahawa keadaan semakin rumit dan kritikal memandangkan pihak pengadilan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan adil. Oleh itu Syaikh Raid meminta bantuan kepada Presiden Turki untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini.