Sempadan Rafah Dibuka untuk Sehari


Khamis , 02/11/06 –Sumber-sumber Palestin melaporkan bahawa Persempadanan Rafah, yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Gaza, telah dibuka kembali pada hari Selasa lepas, bermula dari jam lapan pagi hingga 5 petang.

Sumber-sumber tersebut menyatakan bahawa persempadanan itu dibuka setelah perbincangan serius dengan Israel dalam usaha untuk membolehkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada penduduk yang terkandas di sana menyeberang masuk ke dalam Mesir atau pulang ke Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 2500 penduduk tiba di Mesir pada hari Isnin selepas menunaikan haji di Mekah yang terletak di Arab Saudi. Keutamaan untuk menyeberang masuk ke Semenanjung Gaza diberikan kepada mereka yang mempunyai urusan kecemasan.

Satu sumber senior Palestin melaporkan bahawa bahagian sebelah Palestin telah berjaya mencapai kesefahaman dengan para pemerhati Eropah di persempadanan tersebut, dan Israel, untuk membolehkannya beroperasi selama satu atau dua hari sebagai usaha bagi mengelakkan kesesakan di sana dan membolehkan para penduduk menyeberang.