Sikap Berdiam Diri Arab di Selar


Khamis , 02/11/06 –
Dr. Atef Odwan, Menteri Perhubungan Pelarian Palestin, Rabu lalu menyelar sikap negara berdiam diri Arab dan dunia di atas serangan bertubi-tubi Rejim Zionis ke arah rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Bercakap tentang serangan Rejim Zionis di Beit Harun yang mengorbankan 6 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 50 yang lain di awal pagi Rabu Lalu, Odwan berkata pekan Beit Harun tidak akan di serahkan kepada Rejim Zionis. Menteri itu juga berkatam serangan tersebut merupakan serangan kedua yang mengorbankan nyawa penduduk Palestin selepas serangan pada Hari Raya pertama Aidilfitri bulan lalu .

Beliau menambah, serangan Rejim Zionis tidak akan mampu mengganggu semangat rakyat Palestin.
Odwan menyuarakan rasa simpati terhadap mangsa serangan Rajim Zionis dan berharap mereka yang cedera akan segera pulih. Beliau juga menyuarakan penghargaan terhadapa semangat yang kuat penduduk Beit Harun dalam mengharungi serangan bunuh Zionis

Dalam masa yang sama, Menteri Kesihatan Palestin menyeru agar derma darah di buat untuk menyelamatkan penduduk di Beit Harun yang mana angka yang cedera teleh melebihi 50 orang buat masa ini