Zahar : Bebaskan 1500 orang jika mahukan Ghilat Shalit !


Isnin , 06/11/06 –
Dr Mahmoud Zahar , Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian bahawa Kopral Ghilat Shalit hanya akan dibebaskan jika tahanan Palestin seramai 1500 orang
yang termasuk kanak2, wanita dan lelaki dibebaskan rejim Zionis.


Zahar berkata demikian pada hari Sabtu lalu (04/11/06) dalam satu diskusi di Cairo bersama
pegawai Egypt. Diskusi tersebut turut mengutarakan tentang serangan terhadap Beit Hanun di bahagian
utara Gaza yang mengakibatkan kematian seramai 40 orang dan kecederaan seramai 200 orang.

Beliau telah membawa tuntutan dari pihak pejuang Palestin bahawa tahanan seramai 1500
orang itu perlu dibebaskan serta merta jika pihak rejim Zionis mahukan Ghilat Shalit.

Zahar dijangka akan bertemu Setiausaha Liga Arab, Amre Mousa di Cairo sebelum berangkat
ke Afrika Utara yang merangkumi Libya, Tunisia, Algeria, Moroco dan Mauritania dan kemudianya
akan ke Oman, Syria dan Iran. PM Palestin , Ismail Haniya akan di jangka membuat lawatan
ke negara2 Arab dalam masa terdekat.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.