Operasi Udara Rejim Zionis Menyebabkan Kematian Seorang Kanak2 Palestin


Selasa , 07/11/06 –
Seorang lagi kanak2 Palestin syahid akibat serangan udara oleh tentera Israel di wilayah Dawar Syaikh Zayid Utara Semenanjung Gaza pada pagi 6/11/2006,manakala sembilan kanak-kanak mengalami cedera ringan dan seorang wanita cedera parah.

Sumber media Palestin menyebutkan Muhammad Ahmad Asyur gugur syahid dalam serangan udara oleh pihak Israel setelah mengalami kecederaan teruk. Roket yang mengenainya dilepaskan oleh pihak Israel ke arah bas yang dinaiki oleh pelajar Sekolah Riyadlul Athfal(TK) berdekatan tugu Syaikh Zayid di Utara Semenanjung Gaza.

Saksi kejadian menyatakan,sembilan pelajar yang berada di dalam bas tersebut mengalami cedera ringan akibat serangan roket israel yang jatuh berdekatan.Sementara seorang wanita Palestin mengalami cedera parah di kepala dan kemudian di pindahkan ke RS Al Audah di Jabalia untuk dirawati.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.