Khamis, 30-01-2014 – Menteri Kesihatan Palestin Mufid Al-Mukhalalati berkata penutupan laluan yang berlaku menyekat Gaza daripada menerima bantuan dan perkhidmatan kesihatan yang amat diperlukan daripada perwakilan perpaduan yang sering melawat Gaza sebelum penutupan laluan berlaku.
Tambahnya lagi semasa persidangan akhbar yang berlangsung di Gaza pada Ahad lalu, penutupan laluan itu juga memberi kesan kepada projek-projek penting dalam sektor kesihatan kerana kekurangan bahan binaan yang diperlukan untuk menyelesaikan pembinaan hospital. Antara projek-projek yang terlibat adalah projek hospital Indonesia and hospital bersalin di daerah utama serta projek penambahbaikan
dan pembangunan kompleks perubatan Naser.
Beliau turut menegaskan kemampuan kerajaan untuk terus memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada rakyat Palestin walaupun menghadapi pelbagai kesukaran merupakan satu pencapaian yang besar bagi kerajaan dan kementerian kesihatan Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Nur Syarira