Sambutan ceramah Palestin di Taman Tun meriah


Program Tafaqquh Fid Deen sememangnya tidak asing lagi di kalangan penduduk sekitar Taman Tun Dr Ismail kerana ia menghidangkan program ilmiah yang boleh dijadikan satu alternatif kepada program hiburan seperti Akademi Fantasia dan lain-lain.

Bertempat di perkarangan rumah Dr Hassan Ali (Pakar Motivasi) di Pinggir Taman Tun dan bertarikh 21 Ogos 2004, satu ceramah khas tentang Palestin telah berlangsung dengan jayanya. Penceramah jemputan ialah Ustaz Maszlee Malek ,seorang aktivis Palestin yang juga merupakan tenaga pengajar di Pusat Matrikulasi UIA, PJ.

Ceramah dimulai dengan satu tayangan klip video pendek yang memaparkan keadaan yang terlalu menekan di Palestin, bagaimana perjuangan intifadha melawan arus Zionisme, batu melawan kereta kebal dan banyak lagi.

Penonton diajak merasai kesengsaraan dan ketabahan ribuan banduan yang di penjarai oleh pengganas Israel sekarang kerana mengadakan mogok lapar yang telah memasuki hari ke5 (semasa laporan ditulis).

Ceramah yang diiringi dengan tayangan slide power point berjaya membawa penonton menjiwai dan merasai keperitan penduduk Palestin yang telah ditidakkan hak mereka.

Sejarah Masjid al-Aqsa yang sangat relevan dengan peristiwa agung Isra? Mi?raj telah membawa penonton akan pentingnya kawasan tersebut yang mana sekarang ini telah dijajah oleh pengganas Israel.

Sejarah bagaimana tertubuhnya idealogi Zionisme iaitu ingin menyatukan Yahudi di dalam sebuah negara turut di persembahkan oleh Ustaz Maszlee.

Sessi soal jawab turut berlansung yang ternyata dapat disimpulkan akan ?haus?nya masyarakat utk mengetahui akan isu Palestin ini.

Penonton turut bersedih apabila slide menghidangkan gambar 2 pemimpin HAMAS iaitu Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Aziz Rantisi syahid di mamah roket pengganas Israel.

Klimaks kepada ceramah malam tersebut adalah tindakan praktikal yang boleh dibuat oleh masyarakat Malaysia utk menidakkan ekonomi pengganas Israel.

Antaranya :
1-Boikot produk Amerika seperti McDonalds, KFC dan yang lebih penting adalah hentikan merokok kerana syarikat rokok secara terang menyumbangkan keuntungan mereka kepada pengganas Israel.

2-Sebarkan luaskan makumat tentang Palestin dan keganasan rejim Zionis

3-Berikan bantuan kewangan dan kemanusiaan. JIM menyediakan tabung bagi mereka yang ingin membuat skim potongan gaji tiap2 bulan utk rakyat Palestin.

4-Doa (ada nas sahih antara masa yang mustajab doa adalah ketika hujan hendak turun).

Tabung Palestin turut dilancarkan pada malam tersebut.

Ustaz Maszlee ketika menyampaikan ceramah

Soalan dari salah seorang penonton yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu Palestin


Dr Hassan Ali menyatakan hasratnya utk mengadakan lagi ceramah Palestin pada program Tafaqquh Fid Deen akan datang.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.