Israel Setuju Bebaskan Tahanan Wanita dan Kanak-Kanak


Selasa , 07/11/06 –
Menteri Urusan Tahanan Palestin, Wasfi Qabha menyatakan bahawa pemerintah penjajah Israel setuju untuk membebaskan semua tahanan wanita Palestin dan kanak-kanak di bawah umur lapan tahun serta 150 tahanan yang sakit.

Qabha menambahkan, isu perbincangan sekarang adalah berkenaan penyerahan tentera Israel yang ditawan iaitu Galit Shalit dengan syarat membebaskan sekitar 1500 tahanan Palestin, 120 tahanan wanita, 320 tahanan kanak-kanak di bawah lapan tahun, 150 tahanan sakit dan mereka yang ditahan lebih dari 20 tahun.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.